Wednesday, August 17, 2011

Cara mudah mencari muka surat dalam Quran




Assalamualaikum.
Mari berkongsi…..
Cara mudah mencari muka surat dlm Quran..!!!
Mari Kita Cuba ….! 
Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada2 benda
yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga
Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali korang baca Al-Quran sehari? 1
kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah
melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala,
tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri
bukan diciptakan manusia)
Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka suratsetiap juzuk
Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula
matematik ringkas, kita dapat tau muka suratsetiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar...
Contoh 1     
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman
82. Menarikkan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182
Contoh 3 
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, memang menakjubkan kankawan2. Sama2 kita kongsikan kepada
kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala…
Dipanjangkan info ini..moga dipanjangkan pahala bagi yg menulisnya dan
berkongsi dengan rahsia Allah ni.
credit to:giler kentang

Sunday, July 24, 2011

Buatmu Pemuda...


Imam as-Syahid Hasan al-Banna ada berpesan:
"Ketika ada setiap kebangkitan ummat, pastilah pemuda menjadi tiangnya, di setiap sebalik pemikiran manusia, pastilah pemuda menjadi pengibarnya."

Begitu juga dengan ulamak terkenal, Syeikh Yusuf al-Qardhawi, beliau menegaskan:

Pemuda itu ibarat matahari ketika jam 12 tengah hari. Panasnya begitu terik, cahayanya begitu terang.

Wahai pemuda... Sedarkah perananmu kepada dunia? Tenaga yang kamu ada, mampu menggegarkan dunia. Tapi biarlah dengan gegaran Iman yang mampu menegakkan kembali kalimah Lailahailallah di muka bumi ini.

Bukannya gegaran yang mampu mematahkan Iman, atau mengundang bahagia para Syaitan laknatullah!

Ingatlah duhai pemuda pada kisah Ashabul Kahfi yang lari menyelamatkan Iman, lantas Allah tidurkan mereka dalam gua selama 309 tahun.

Ingatlah pada Nabi Ibrahim yang menggegarkan kerajaan Namrud, yang memecahkan berhala-berhala yang ada pada ketika itu, yang berfikir mengenai Tuhannya yang sebenar ketika usianya masih lagi kecil.

Ingatlah pada pemuda Ashabul Ukhdud yang meletakkan Allah di tempat yang utama, yang tidak kisah biar nyawanya menjadi gadaian, asal sahaja Islam tersebar luas.

Kisah Pemuda Islam

Sahabat mahu tahu bagaimana Islam menjadi gemilang suatu ketika dahulu?

Gemilangnya Islam adalah kerana wujudnya pemuda-pemuda hebat yang meletakkan Allah di tempat utama.

Menyelusuri sirah... Moga ada yang mengambil iktibar.

Zubair ~ Zubair, ketika usianya memasuki 15 tahun. Beliau telah menjadi seorang pendakwah yang diutus oleh Rasulullah S.A.W ke merata tempat. Beliau juga sering diajak berdiskusi bersama Rasulullah S.A.W.

Di sini terselit hikmah di mana Rasulullah S.A.W tidak membezakan yang tua atau yang muda. Bukan usia menjadi ukuran, tapi idea dan sejauh mana seseorang itu mampu memberi sumbangan untuk Islam adalah lebih utama.

Tolhah bin Ubaidillah ~ Ketika usianya 16 tahun, beliau sudah bergelar mujahid, pendakwah dan penyokong dana dalam kegiatan Rasulullah S.A.W.

Tolhah adalah seorang pemuda yang amat kaya raya. Jika sekarang, pemuda-pemuda zaman ini ada wang yang banyak pastinya mahu beli itu ini, atau mahu merasa hidup mewah..

Tidak bagi Tolhah bin Ubaidillah. Hartanya digunakan untuk Islam, fikirannya hanya memikirkan urusan dakwah.

Saad bin Abi Waqas ~ Ketika usianya 16 tahun, beliau telah menyertai peperangan Uhud dan syahid.

Sultan Muhammad al-Fateh ~ Ketika usianya 23 tahun, beliau telah berjaya menawan Kota Konstantinopal yang cuba ditawan oleh beberapa orang khulafa' namun menemui kegagalan.

Beliau tidak pernah meninggalkan qiamullail setelah usianya menginjak puluhan. Beliau adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Ibnu Abbas ~ Beliau adalah anak saudara salah seorang isteri Nabi iaitu Maimunah. Pada suatu hari, Ibnu Abbas teringin benar melihat peribadi Rasulullah S.A.W. Maka, beliau tidak tidur malam menanti Rasulullah bangun di sepertiga malamnya.

Beliau menunggu sahaja di hadapan pintu sehingga akhirnya Rasulullah S.A.W keluar dan Rasulullah amat terkejut melihat Ibnu Abbas sudah siap sediakan gayung untuk baginda berwudhu'.

Setiap gerak geri Baginda diperhatikan Ibnu Abbas, dan semenjak itulah Rasulullah S.A.W sering menyebut-nyebut nama Ibnu Abbas.

Apabila baginda wafat, Ibnu Abbas berasa amat sedih sehingga beliau menangis berhari-hari lamanya, namun akhirnya beliau dapat menerima hakikat bahawa waktu Rasulullah S.A.W sudah pun tiba.

Dengan penuh kecekalan, beliau terus menuntut ilmu daripada sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W, dan ada suatu ketika, beliau mengetuk pintu salah seorang rumah sahabat, tetapi pintu tidak dibuka dan Ibnu Abbas lantas tertidur di luar rumah sahabat tersebut.

Keesokan paginya, sahabat terkejut melihat Ibnu Abbas dan berkata "Wahai Ibnu Abbas, kenapa kamu tidur di luar? kamukan anak saudara Rasulullah, kamu ketuk, gegarkan sahaja pintu ini pasti aku membukanya."

Di sini terlihat cantiknya peribadi Ibnu Abbas, jika tiada jawapan dari dalam rumah, dibiarkan sahaja, tidak diganggu, mungkin tuan rumah ada urusan lain.

Suatu hari, ada sahabat Rasulullah S.A.W bertanya kepada Ibnu Abbas "Apa gerangan yang membuat kau begitu pandai, banyak hafal hadis dan dihormati oleh para sahabat?" Sahabat yang dikasihi semua, mari kita hayati apa yang dibalas oleh Ibnu Abbas ;

Saya punya lidah yang suka bertanya, dan punya akal yang suka berfikir.

Subhanallah sahabat!

Marilah menjadi pemuda yang bertaqwa, dan gegarkan dunia dengan kalimah Allah!

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. [Al-'Araf : 26]

sumber : iluvislam

Thursday, July 14, 2011

kEranA saYa sAyanG aWak (dipetik dari facebOOk)

Dulu,seawal perkenalan kite..saya lah 0wg yg pertama awk cari,
Dulu,awk sntiasa ada wktu utk bersama dgn saya,
Walau awk sibuk sekali pun,masa awk akn ada utk saya,
Kejap pun mesti ada...
Dulu awk sllu call saya,msg saya,kalau saya xrply,
Awk mesti gelisah cari saya...
Dulu,masa kite gad0h,awk sllu pujuk saya..
Tak pernah berkasar dgn saya..
Lembutnye bahasa awk...
Dulu,awk sllu cakap..awk syg saya sngt2...
Sllu awk luahakn yg awk rindukan saya...
Dulu,awk buat segala2nye utk saya...
Sehinggakan saya jatuh hati pd awk..
Hinggakan kasih syg saya,hanya utk awk...
Demi sygnya saya pd awk,saya sanggup t0lak cinta 0wg len...
Saya nak awk je...xnak 0wg len dah...
Bile saya brcakap dgn awk,saya gunakn kejujuran&keikhlasan..
Saya xnk awk terluka..saya syg awk...
Saya mengadu seme masalah saya pd awk...
Sebab saya dah anggap awk sebahagian dr hidup saya...
Awk taw x..pntingnye awk utk saya..
Setiap masa saya akn jg hati&perasaan awk..
Saya xnk awk terasa pd saya...
Setiap kesalahan saya,saya akn perbetulkan...
Kini,setelah saya buat segala2nye utk awk..
Awk sia2kn saya...awk abaikn saya..
Abaikn perasaan saya...xhirau bile saya menangis krn awk..
KENAPA awk??
Awk taw x,saya xprnh mnduakan kasih syg&cinta saya pd awk..
Hanya awk je yg ada dlm hidup saya..
Saya dah xperlukan 0wg len...awk je yg saya perlukan...
Kasih sayang saya pd awk sllu memaafkan...
Cinta saya sllu mengampuni kesalahan awk...
Kasih sayang&cinta ini xakn prnah terhapus..
Malah sentiasa mengharapkan 1hr nanti awk akn sedar...
Awk dengarlah..fahamilah..sayang saya utk awk terlalu ikhlas
Daisypath Graduation tickers

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...