Friday, March 30, 2012

andai dapat ku undur masa



  1. Kalau Dapat Aku Undurkan Masa,, Aku Ingin Sekali Kembali ke Zaman Kanak-Kanakku... Kerana Zaman Kanak-Kanakku Membuatkan Aku Tidak Merasa Serba Kekurangan.. Aku Hidup Disamping Abah Dan Mak Senantiasa. AKu Hidup Disamping Adik Beradikku Selalu. Kalau Aku Buat Salah, Ada Orang Tegur... Kalau Aku Tak Pergi Ngaji, Ada Mak Tolong Cubitkan. Kalau Aku Malas Sembahyang, Ada Abah Yang Marah Suruh Aku Pergi Sembahyang. Kalau Aku Makan, Ada Keluarga Yang Temankan. Kalau Aku Pergi Sekolah, Ada Abang Yang Tolong Hantarkan Dan Kalau Aku Tak Faham Belajar, Ada Akak Yang Tolong Ajarkan... Tak Pernah Pun Kenal Erti Rindu Di Zaman Kanak-Kanakku... Hidup Sekarang Nie Pula Bila Membesar Dan Merantau Dah Macam Takda Makna. Hidup Sendiri, Makan Takda Orang Temankan... Aku Malas Sembahyang, Takda Orang Nak Marahkan. Apa Yang Aku Tak Faham Takda Orang Tunjukkan Dan Bila Aku Hendak Bermain Takda Orang Yang Nak Temankan.... Dan Kinilah Baru Aku Mengerti Sangat-Sangat Apa Itu Rindu.. Rindu Pada Wajah Abah Dan Mak Yang Semakin Dimamah Usia. Rindu Pada Abang Dan Kakak Disaat Bergurau Senda. Rindu Pada Adik-Adik Yang Sentiasa Minta Jajan Dan Duit Dan Melaungkan "Yeay..Yeay.. Abang Balik"... Ya Allah !!!.. Berilah Kekuatan Padaku Untuk Harungi Semua Ini... Aku Takut Sangat-Sangat Kalau Aku Kehilangan Mereka Yang Tersayang Dalam Hidupku Ini Sebelum Sempat Aku "Luangkan Masa" Bersama Mereka... :-(

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...