Sunday, June 19, 2011

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT



PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...

2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...

3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...

4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...

Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, isitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuatu yang lebih bererti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...

Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini bererti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk.

Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baiknya setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.

Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhammad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari.

Kelebihan membaca Al Mathurat :

1. Tidak dihampiri syaitan

2. Rumah dan keluarganya terselamat dari perkara yang tidak diingini.

3. Allah mencukupkannya apa yang sangat diperlukan dari urusan dunia dan akhirat.

4. Orang yang membacanya kemudian dia mati pada hari atau malam tersebut maka Allah akan menjamin untuknya syurga.

5. Selamat dari segala sesuatu.

6. Allah menyempurnakan nikmatnya ke atas orang yang membacanya.

7. Allah berhak untuk meredhainya

8. Tidak ada sesuatu yang mendatangkan mudarat ke atasnya.

9. Terhindar daripada syirik.

10. Selamat dari bisa atau sengatan semua makhluk yang beracun.

11. Dimudahkan menyelesaikan hutang-hutang.

12. Berhak untuk mendapat syafaat pada hari kiamat.

13. Sesiapa yang membaca di waktu pagi,akan dipelihara oleh Allah hingga ke waktu petang. Dan sesiapa yang membacanya di waktu petang akan dipelihara hingga ke waktu pagi.

14.Mengamalkannya umpama mengamalkan Sunnah Rasulullah dari sudut zikir dan berdoa, dan berbagai lagi kelebihan


(Al-Wazhifah Al-Kubra) yang mana merupakan zikir-zikir Rasulullah s.a.w. Al-Mathurat ini telah dipilih dan dihimpunkan oleh As-Syaheed Imam Hassan Al-Banna dengan mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan dan godaan syaitan. Zikir-zikir di dalam Mathurat ini sangat sesuai untuk diamalkan oleh setiap Muslim pada sepanjang waktu namun kebiasaanya dibaca sesudah solat Subuh dan solat Asar.

Zikir al-mathurat dimulai dengan bacaan yg bermaksud "aku memohon perlindungan Allah,yang Maha Mendengar,Maha Mengetahui, dari gangguan syaitan yang direjam". Ayat ini membawa erti bahawa setiap insan harus menyerahkan diri kepada Allah sebelum melakukan apa-apa perkara sekaligus menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba Allah dan berusaha untuk menghindarkan diri dari sesuatu yang menyesatkan.

Bacaan ummul kitab (al-Fatihah) dalam zikir mathurat merupakan satu bacaan Agung. InsyaAllah kita akan memperoleh pahala yg besar jika membaca dan menghayati isi kandungannya.
Rasulullah s.a.w bersabda; " Demi Allah yang nyawaku di tangan-Nya,belum ada surah yg diturunkan di dalam Taurat, Injil, Zabur atau Furqan yang menandinginya. Dialah tujuh Mithani dan Quran yang agung yang diberikan kepadaku.

"Membaca surah al-Baqarah dalam zikir mathurat juga memperoleh pahala yang besar. Dari Ibnu Mas'ud, Rasulullah s.a.w bersabda," Sesiapa membaca sepuluh ayat dari surah al-Baqarah di awal siang nescaya ia tidak didekati oleh syaitan sampai petang, jika dibaca waktu malam nescaya syaitan tidak akan mendekatinya sampai pagi. Tidak akan dilihatnya apa-apa yang buruk menimpa keluarganya atau hartanya." (Riwayat al-Darami dan Baihaqi)

Membaca ayat kursi juga boleh menghindari kita dari gangguan syaitan. 
Dari Ibnu Mas'ud sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Siapa yang membaca sepuluh ayat, ayat-ayat surah al-Baqarah, ayat kursi, dua ayat selepasnya dan hujung surah al-Baqarah nescaya syaitan tidak akan masuk dalam rumahnya sampai pagi" (Riwayat Tabrani dan Hakim)

Semua bacaaan dan zikir yang berada di dalam al-mathurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan Allah SWT terhadap utusannya Rasulullah s.a.w. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai zikir dan doa dalam kehidupan seharian yang ingin menghayati dan mengamalkannya.

Semoga ikhwah dan akhawat sekalian mendapat petunjuk dan hidayah dari-Nya utk terus istiqomah dalam mengamalkan bacaan zikir al-mathurat ini. Amin Ya Rabbal 'alamin..

Dipetik dari buku 'Al-Ma'thurat & surah Yasin' karangan As syaheed Imam Hassan Al-Banna

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...