Monday, April 25, 2011

mengejar cinta ilahi




Tiada lagi air mata
tiada lagi kedukaan pada zulaikha
ia telah memalingkan wajahnya dari yusuf
membersihkan diri dan pakaiannya
untuk mengahadap Pencipta yusuf
keindahan yusuf adalah bayanganNya
percikan sedikit dari keindahanNya
keindahanNya tiada bahasa
hanya terpaku dihadapaNya

Lihatlah jarimu sudah terpotong wahai wanita mesir
kesedaranmu telah hilang melihat keindahan yusuf
sedangkan para 'arifbillah itu sentiasa melihatnya
sudah hancur terluka diri mereka dengan cahayaNya
zulaikha menjadi miskin
menjadi tua dan huduh
cintanya telah membinasakan
cintanya pada yusuf adalah kesengsaraan

zulaikha kembali kepada cinta yang hakiki
tiada mahu lagi memuja bayang bayang
tetapi kepada empunya bayang bayang
cintanya itu membawa kebahagiaan
cuntanya itu membawa keasyikan dan ke indahan
dirinya kembali menjadi cantik,indah dan muda
dan yusuf jatuh dalam dakapannya

dunia adalah bayang
sesiapa yang mengejarnya akan kepenatan
siapa yang berpaling darinya,
ia akan mendatangi,
bila zulaikha memuja yusuf
yusuf lari daripada nya
sehingga terkoyak bajunya
tetapi apabila zulaikha berpaling darinya
yusuf mengejar sehingga terkoyak bajunya

fahamilah wahai pemburu kehidupan
jangan disiakan waktu denghan memuja bayang
cintailah empunya bayang
Dialah cahaya keindahan disebalik keindahan
para kekasihNya, sentiasa memandangNya
hancur lukalah jiwa dan akal mereka
dengan pisau cahaya keindahanNya

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...